kenapa kita susah nak lupakan seseorang ?
Jumaat, 28 Disember 2012 | 11:23 PTG | 0 comment(s)
hai ! selamat petang you all :) sejak dua menjak ni kan jiwa wany tak tenteram *jiwa kacau* asyik teringat kisah yang lepas , wany dah berusaha sedaya upaya nak lupakan kisah tu tapi kisah tu telah menghantui diri wany *cedih* biasalah kisah zaman remaja sekarang ni , "kisah percintaan" . korang mesti pernahkan bercinta , bercouple *cinta monyet* indahkan saat-saat dalam percintaan ? mungkin ada sesetengah yang gagal dalam perhubungan , gagal untuk mempertahankan hubungan . mesti korang tertekankan ? samalah macam wany . nak terima dia bukan main senang je , bila nak lupakan dia memang terseksa diri ini . wany tak pernah date dengan dia , mana sempat . hubungan kami bertahan selama dua minggu je . time tu memang frust sangat-sangat . *ehh , kenapa wany ungkit kisah silam wany dengan dia ?* sorry ! tapi nak buat macam mana , dah takdir .
kenapa kita susah sangat nak lupakan orang yang kita sayang padahal orang tu senang je cari pengganti kita ?mungkin sebab kita terlalu sayangkan dia sebab tu kita susah nak lupakan dia . dia pulak mungkin dia sepi dan perlukan teman sebab tu dia mudah cari pengganti kita . lagipun kalau dia betul jodoh kita , kita lepaskan macam mana pun dia akan datang balik kat kita . ataupun mungkin Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum adanya orang yang betul-betul sayang kita dan terima kita seadanya . sesungguhnya Allah itu maha adil wany cakap berdasarkan apa yang wany tahu . so korang kena bersemangat dan berani untuk memulakan kehidupan yang baru . jadikan itu semua sebagai pengajaran . kita boleh jadikan semua itu sebagai pengalaman supaya tidak berulang dan takkan beulang lagi .
walaupun kita dah putus hubungan dengan dia , kadang-kadang mesti kita ada terserempak dengan dia kan ?
kalau korang terserampak dengan ex korang buat apa ? kalau wany lah kan , wany akan bersikap selamba dengan dia dan takkan pandang tengok dia . sebab dengan hanya pandangan mata si dia akan mencairkan hati kita . so better jangan ! tapi wany tertengok jugak dia , comel pulak muka dia . stopped wany !!
korang ada simpan apa-apa tak dari dia ? macam sweet text , gambar and so on .kalau ada better buang . memang sayang tapi kalau kita tak buang , kita akan ingat pasal dia je . wany pun dah buang jugak dengan berat hati . kalau taknak buang sekali arung , buang satu persatu pun tak apa . mula-mula buang text dari dia . lepas tu gambar dia dan diikuti dengan barang-barang dari dia . kalau sayang nak buang korang simpan kat tempat yang korang sendiri akan lupa kelak . amacam ?
kalau nak berkawan dengan ex boleh tapi kalau dia dah ada pengganti jangan gatal-gatal nak tackle dia balik ea -,- buang sifat cemburu tu okey ? wasalam :)