Kawan Yang Baik ^^
Selasa, 18 September 2012 | 7:02 PTG | 0 comment(s)
Hye ! Hello ! Assalamualaikum :)
memiliki sahabat yang sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai sekali harganya kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita , baik disudut kebendaan , kecenderungan mahupun tingkah laku . sama ada kita yang akan terikut ikut dengan kecenderungannya , ataupun sebaliknya dia akan terpengaruh dengan kita...betul tak ??
Kawan yang Baik mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut :
1. Lemah lembut : cermin tiada pernah akan berlaku kasar dan mencela , tapi ia akan katakan kotoran yang melekat pada tubuh kitadengan lembut , sehingga denganspontan kita akan mengadakan perbaikan.
2. Pandai menyimpan rahsia : watak cermin takkan pernah memperlihatkan wajah orang yang bercermin di hari kelmarin kepada sesiapa pun yang tengah berdiri dihadapannya.
3. Tidak pilih kasih : siapa saja yang berdiri dihadapannya tidak pernah ditolaknya baik itu orang yang cantik atau tidak, kaya atau miskin.
4. Setia setiap saat : cermin selalu siap dipakai bila-bila masa . Selalu setia menanti siapa yang akan bercermin dihadapannya dan dilakukannya dengan penuh keikhlasan.
5. Sabar dan sungguh-sungguh : berbagai tingkah laku dan gaya orang yang berdiri dihadapannya, hal itu takkan pernah membuatnya protes atau marah.
6. Terus terang : diantara sifat cermin adalah berterus terang dengan memunculkan bentuk orang
yang bercermin,tidak pernah mengubah bentuk wajah orang yang bercermin, jelek menjadi cantik, atau pun sebaliknya.
Semoga kita menjadi salah satu cermin-cermin tersebut . Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan dari Abu Hurairah ra : "Sesungguhnya di sekitar 'Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya, yang diatasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian yang bercahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi atau para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada merasa tertegun dan iri kepada mereka sehingga mereka berkata: 'Yaa Rasulullah, tolong beritahu siapakah gerangan mereka itu? 'Beliau menjawab: "Mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermajlis kerana Allah, dan saling mengunjungi semata kerana Allah."

#Sember daripada : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1008.0