StarLight
about chingu home Twitter Facebook Follow{+} Dashboard

Arigatou

Basecode from : Jaera
Template made by : Pelont
Help : 1 2 3 4 5 6 7

Older | Newer
mengumpat ??
Ahad, 12 Ogos 2012 | 6:20 PG | 0 comment(s)



Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini sama macam wany. Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya? Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...
Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu.. bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk.. dibelakang hamba Allah tu.Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa..macam garam dan gula pula.. tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.
Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni! Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

*burukkan sifat mengumpat? oleh sebab itu, kte wajib berusaha mengelakkn diri drpd melakuknnya.. prbanyakkn zikir utk mengelakkn diri drpd mengumpat.. :) Wany jadi takut bila dapat tahu dosanya macam tu . SubhanaAllah !!