puasa --> tak sabar nak raya
Selasa, 24 Julai 2012 | 7:49 PTG | 0 comment(s)
assalamualaikum stalker ! hari ni mood rajin telah datang , that why wany update post ni . kesian blog ni , terbengkalai begitu sahaja . #Sorry . ehh ada ke tuan punya blog mintak maaf dengan blog dia sendiri ?? hehe , just kidding . hari ni adalah hari ke-5 ramadhan . lamanya nak tunggu sampai 29 ramadhan . tak apa , sabar je lah .
hemm korang dah beli baju raya belum ?? wany dah beli , baju kurung ada dua iaitu pink dan colour cream . wany malas nak baju kurung banyak-banyak , bukan selalu pakai pun . ohh lupa nak bagi tau , warna tema tahun ni PINK . lelaki perempuan semua pink . mesti comel kan ayah dan abang wany pakai baju colour pink . haha~
semalam , wany ikut ayah dan ibu pegi TJ MART sebab ayah nak buat cermin mata baru . power ayah naik lagi . kesian ayah . masa ayah kat kedai cermin mata , wany ajak ibu pegi pusing-pusing sebab nak cari tudung dengan kasut . masa jalan-jalan tu , ibu terpandang baju melayu colour purple dan kainnya lembut sangat . ibu pun bagi tau ayah . sekali ayah pegang je baju tu terus berkenan . masa ayah belek-belek baju tu , wany ternampak baju melayu colour pink . wany bagi tau ayah suruh amik colour pink dan ayah setuju . bagus ! sesuai dengan tema yg wany pilih .
masa pegi TJ MART tu along tak ikut . mengada betul !! ayah suruh belikan baju melayu untuk along punya jugak . colour pink . haha , mesti macam mat jambu kan ??? tak lupa jugak , baju ibu wany pun colour pink . wany jealous sebab baju ibu cantik sangat , macam mak datin . tapi tak apa lah , biarlah kali ni ibu glamour daripada wany . sekali sekala apa salahnya .
and one more thing , tahun ni ibu tak buat kuih raya . so sad !! ibu kata ibu nak beli je . ni yang tak suka ni . tapi tak apa lah , suka hati ibu lah . so , baju kurung , kasut , tudung wany dah beli . korang rasa apa yang wany belum beli ?? //baju jalan dengan handbag . bila lah nak beli baju jalan dengan handbag ni ?? tak sabar rasanya .
bila nak habis puasa ni ??? bila nak raya ni ??? hehe~ tak sabar rasanya !!
okeylah , wasalam .