Tips untuk Mengelak Tekanan
Ahad, 17 Jun 2012 | 8:29 PG | 0 comment(s)
hello stalker ! mase tu cikgu wany ade bagi Tips untuk mengelak tekanan tau . so , wany nak share kat sini .
1.Kenal pasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri .
-bagi mengelakkan rasa kecewa dalam menghadapi kegagalan , fahami had kemampuan anda dan bina satu matlamat yang jelas serta mampu untuk dicapai .
2.Berfikiran terbuka .
-cara belajar untuk meluahkan atau berkongsi masalah dengan seseorang yang rapat dengan anda . pandapat bahawa anda kuat dan boleh mendepanisemua keadaan kadangkala tidak membantu menyelesaikan masalah .
3.Terima bantuan dan sokongan orang lain .
-hargai sokongan dan bantuan yang diberikan oleh keluarga , saudara-mara dan rakan-rakan ketika menghadapi masalah .
4.Jalinkan persahabatan .
-sebagai manusia , kita memerlukan rakan-rakan dan ahli keluarga . tanpa mereka kita akan rasa kesunyian dan tersisih .
5.Bina kehidupan yang menarik .
-hargai segala keindahan di sekeliling anda . hidup bukan sekadar untuk survival , tetapi lebih kepada menikmati dan mensyukuri nikmat Allah .
6.Berani untuk melakukan apa yang anda suka .
-terima hakikat bahawa dalam hidup ini kita diberi banyak pilihan . tetapi kadangkala kita terpaksa menerima apa yang telah ditakdirkan . jesteru bina keyakinan diri untuk menghadapi situasi ini .
7.Terima kegagalan dengan fikiran yang positif .
-hargai hasil usaha anda walaupun ia tidaklah sehebat mana . berjanjilah pada diri sendiri untuk melakukan yang lebih baik bagi memperoleh hasil yang terbaik . terima kegagalan sebagai asam garan dalam kehidupan .
8.Perbetulkan keadaan .
-bentuk kembali pemikiran yang terganggu . jangan anggap kegagalan sebagai pengakhir kepada segala usaha anda .
9.Lihat sesuatu perkara dalam pelbagai perspektif .
-jadilah seseorang yang kreatif dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan . lihat sesuatu perkara dalam pelbagai perspektif agar anda dapat membuat perancangan yang lebih terliti untuk perbaiki keadaan .
itulah sedikit sebanyak dapat wany kongsikan kat sini .